FOLLICULITIS


APA ITU FOLLICULITIS?
Folliculitis merupakan keadaan kulit di mana akar rambut mendapat jangkitan bakteria atau fungus. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Jangkitan ini boleh merebak dan menjadi sangat gatal dan bernanah. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan kawasan tersebut tiada rambut secara kekal ( permanent hair loss) dan meninggalkan parut dan bekas hitam.
Bagi pesakit eksema, folliculitis boleh berlaku akibat garuan dengan tangan yang kotor yang menyebabkan jangkitan bakteria berlaku.
SIMPTOM FOLLICULITIS – lihat Foto 1
- A) Satu kelompok biji merah atau biji sepeti jerawat dengan pusat putih di tengah di sekitar liang rambut.
B )Biji bernanah dipenuhi bendalir yang bila pecah menjadi berkerak.
- C) Kulit sangat gatal dan pedih/panas
D)Sakit dan kulit rasa “sensitif”
- E) Satu bengkakan yang besar
APA YANG PERLU DIBUAT?
Berjumpalah dengan pakar kulit atau doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik untuk makan atau ubat anti fungal untuk mengawal keadaan.
FAKTOR FISIKO
Sesiapa sahaja boleh mendapat folliculitis tetapi terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang lebih mudah mendapat folliculitis seperti:
- a) Mempunyai diabetes, leukemia atau HIV/AIDS
- b) Mempunyai masalah jerawat
- c) Mempunyai eksema/dermatitis
- d) Mencukur misai/janggut
- e) Memakai pakaian yang ketat dan panas spt sarung tangan getah atau kasut boot
- f) Rendam dalam tub mandi yang tidak bersih atau steril
JENIS-JENIS FOLLICULITIS YANG LAIN
- a) BISUL (FURUNCLES) – lihat Foto 2
Ini berlaku bila akar rambut mendapat jangkitan bakteria Staphylococcus yang mendalam. Bisul ini akan timbul dan ia amat menyakitkan.
- b) CARBUNCLES – lihat Foto 3
Carbuncle pula merupakan satu kelompok bisul atau furuncles
- c) EOSINOPHILIC FOLLICULITIS- Foto 4
Ini biasa berlaku pada pesakit HIV atau mereka dgn sistem keimunan yang rendah. Simptomnya adalah kegatalan yang tersangat dan biji dan bisul/jerawat yang berlaku pada bhg muka atau bhg atas badan. Bila dah baik, ia akan meninggalkan bekas hitam (hyperpigmentation).
- d) HOT TUB FOLLICULITIS (Pseudomonas folliculitis) - Foto 5
Folliculitis dari kolam mandi panas ini adaah disebabkan oleh bakteria Pseudomonas yang sering terdapat dalam kolam mandi panas (hot tubs and heated pools) di mana klorin serta aras pH adalah tidak terkawal.
- e) RAZOR BUMP (Pseudofolliculitis barbae) - Foto 6
Iritasi kulit ini adalah disebabkan oleh cara bercukur yg sangat hampir dengan kulit muka. Biasanya akan kelihatan di kawasan muka dan leher. Ia mungkin meninggalkan parut spt keloids.
- f) PITYROSPORUM FOLLICULITIS - FOTO 7
Jenis ini adalah disebabkan oleh jangkitan yis dan meninggalkan bisul bernanah, merah dan gatal di bahagian leher, bahu, atas tangan dan muka.