ECZEMA HERPETICUM


APA ITU EKSEMA HERPETICUM?
Ia merupakan keadaan kulit yang dijangkiti oleh virus Herpes simplex 1 atau 2. Ia biasanya diiringi dengan biji biji (blister) kecil berbelon yang boleh melepuh, merebak ke bhg badan lain dan berupa tompok tompok merah berhampiran antara satu sama lain. Ia merupakan masalah yg sering melanda pesakit eksema atau mereka yang ada atopik dermatitis.
Eksema herpeticum juga dikenali sbg Kaposi varicelliform kerana ia pada awalnya disalah anggap sebagai cacar air (chicken pox ) atau varicella.
APA PENYEBABNYA?
Ia disebabkan oleh jangkitan virus Herpes simplex. Simptomnya akan wujud selepas 5-12 hari selepas mendapat jangkitan daripada individu yg ada virus Herpes ini. Ia lebih lazim berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang ada eksema atau atopik dermatitis juga.
APAKAH TANDA-TANDA KLINIKALNYA?
Eksema herpeticum bermula dengan sekumpulan ruam/biji kecil yang sangat gatal. Ia boleh wujud di semua bhg badan tapi lebih kerap kelihatan di muka dan leher. Biji atau belon berair ini boleh wujud di bhg kulit yg normal atau kulit yg mempunyai ruam bereksema. Belon berair ini akan melepuh dan mula merebak. Ia jarang merebak ke keseluruhan badan.
- Pesakit akan berasa tidak sihat, demam dengan nodul limfa yg bengkak.
- Biji berbelon itu mempunyai rupa yg hampir sama .
- Ia mungkin berisi cecair kuning yg likat .
- Ia biasanya berisi dengan darah dan berwarna merah, hitam atau ungu.
- Biji (blisters) akan melepuh dan berdarah.
- Blister yang lama akan membentuk kerak
- Lesion atau luka ini biasanya akan baik selepas 2-6 minggu jika dirawat dgn baik.
- Dlm kes yg teruk di mana kulit telah luka dengan teruk, parut berwarna putih akan wujud utk selamanya.
- Jangkitan bakteria sekunder spt Staphylococcus atau Streptococcus boleh menyebabkan impetigo dan cellulitis
DIAGNOSIS EKSEMA HERPETICUM
Eksema herpeticum boleh didiagnos dengan mudah bila pesakit dengan eksema tampil dengan blister atau biji berbelon yang kelihatan sama, bersama dengan demam atau tak sihat. Jangkitan virus boleh disahkan dengan swab virus pada bhg kulit yang membentuk blister baru
CARA RAWATAN
Eksema herpeticum merupakan di antara beberapa keadaan kulit yg memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan yg cepat dengan ubat anti viral boleh menghindarkan dari terpaksa di wadkan di hospital.
Ubat makan acylclovir diberi selama 10-14 hari. Bg pesakit yang teruk, IV acyclovir diberikan . Jangkitan bakteria sekunder yang berlaku pula dirawat dengan ubat antibiotik sistemik. Steroid sapuan biasanya tidak diperlukan kecuali kalau ruam eksemanya masih sangat aktif.
Pastikan mendapat konsultansi dengan pakar Ophtalmologist jika eksema herpeticum melibatkan bhg mata atau kelopak mata.